Latihan ICT (Pengenalan Kepada Microsoft Word 2013)
28 Jun 2015 | Aktiviti TerkiniPusat Internet 1 Malaysia Kg Semuba telah mengadakan kelas latihan ICT iaitu 'Pengenalan kepada Microsoft 2013'. Aktiviti ini dijalankan di bilik latihan Pusat Internet 1 Malaysia, disertai oleh 5 orang peserta di sekitar Kg Semuba dan diadakan pada hari Sabtu 27 Jun 2015. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk membolehkan peserta menggunakan Microsoft Word dengan betul seperti peserta dapat menerokai fungsi-fungsi yang disediakan dalam Microsoft Word ini. Banyak kelebihan yang disediakan oleh Microsoft Word 2013 yang perlu dipelajari oleh peserta seperti Microsoft Word 2013 dapat membuka file Pdf ke dalam Word. Dengan pembelajaran seperti ini peserta dapat membuat latihan yang disediakan seperti menaip, menggunakan susunan ayat dengan betul dan sebagainya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: